Speeches
Hari Sarawak 2020
Deliver on 22 Jul 2020

 Click here for Sarawak Day pdf files.

 

 

UCAPAN

YAB DATUK PATINGGI (DR) ABANG HAJI

ABDUL RAHMAN ZOHARI

BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG

KETUA MENTERI SARAWAK

 

SEMPENA HARI SARAWAK

22 JULAI 2020

 

TEMA: SARAWAK CEMERLANG

 

  1. 1.        Ucapan kepada Tuan Yang Terutama

 

Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Yang Amat Berbahagia, Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Ragad Kurdi Taib.

 

Bagi pihak rakyat jelata sekalian, kola menjunjung kasih untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tun dan Toh Puan yang sudi hadir bersama rakyat untuk memperingati hari yang begitu penting bagi Sarawak dalam sejarahnya.

 

Tun merupakan Anak Sarawak yang bukan sahaja telah melihat semua ini berlaku tetapi merupakan antara pemimpin yang telah memainkan peranan utama dalam perjalanan sejarah Sarawak sejak 22 Julai 1963, iaitu tarikh keramat apabila Sarawak telah diberikuasa untuk pemerintahansendiri oleh koloni British.

 

Bagi pihak rakyat sekalian, kola merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tun dan pemimpin-pemimpin lain yang telah menyumbang khidmat bakti untuk memastikan Sarawak bebas daripada belenggu penjajahan dan menjadi sebuah negeri yang mampu melakar dan menentukan masa hadapannya sendiri.

 

Tiada siapa yang lebih faham tentang sentimen, budaya dan tradisi masyarakat kita selain daripada Anak Sarawak sendiri. Walaupun Sarawak dihuni oleh rakyat pelbagai kaum dan pegangan agama, negeri ini mampu mengekalkan keutuhan perpaduan rakyatnya atas usaha dan kebijaksanaan pemimpin seperti Tun.

 

Tun adalah lambang payung perpaduan rakyat Sarawak.Sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Tun telah menjalankan tanggungjawab ini di luar daripada pengaruh politik di samping memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan negeri sedia ada untuk mentadbir negeri ini.

 

Thank you once again Tun and Toh Puan for being able to be with the rakyat here this evening to celebrate this very special occasion for all Sarawakians. The presence of both Tun and Toh Puan have made it more meaningful for all us here this eveningas well as millions of fellow Sarawakians currently watching this livestreaming on TV and social media platforms globally.

 

Tun, now let me address our beloved rakyat this evening.

 

2.    UCAPAN KEPADA RAKYAT

 

YB Deputy Chief Ministers

YB Speaker

Fellow Ministers

Ladies and gentlemen

 

 

(i)                   Mengimbau Kembali Peristiwa 22 Julai 1963

 

Terima kasih kepada saudara dan saudari sekalian yang sudi hadir untuk sama-sama meraikan hari yang amat bersejarah bagi kita semua sebagai Anak Sarawak.

 

Sambutan perayaan pada tahun ini agak berlainan dengan sambutan-sambutan pada masa yang lalu, tetapi protokol dan SOP COVID-19 yang dikuatkuasakan sekarang bukanlah halangan untuk kita menyambut dan memperingati tarikh keramat 22 Julai.

 

Genap hari ini, 57 tahun yang lalu pihak koloni British telah menyerahkan kuasa pentadbiran kepada Anak Sarawak untuk mentadbir Sarawak. Mendiang Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan telah diberi kepercayaan untuk mengemudikan pentadbiran Sarawak pada ketika itu.

 

I was only 13 years old when this happened. Back then, I quite knew that something very important was going on as I could see the flurry of activities and important people coming and leaving our house to see my late father, Tun Datuk Abang Openg who has been appointed the first Governor of the self-ruling Sarawak.

 

Today, people like me and most of you here are inheriting this legacy of our forefathers who had envisioned a better future for the generations after them. It does not work if we don’t work hard. Now, we are duty-bound to build on what we have received from our forefathers and there is no other way for us to do it except for us to unite in a common goal towards creating a Sarawak Cemerlang.

 

 

(ii)                 Ke Arah Sarawak Cemerlang – The Foundation

 

Fast forward daripada 1963 sehingga ke era Sarawak yang lebih moden, kuasa untuk mentadbir negeri yang telah diserah kepada Anak Sarawaktelah memberi kita ruang untuk membina asas yang kukuh bagi memastikan Sarawak mengorak langkah ke arah menjadi sebuah wilayah maju.

 

Kerajaan Sarawak telah mentadbir dan menguruskan ekonomi dan sumber asli dengan baik sehingga mampu mengembang dan mempelbagaikan asas ekonomi yang kukuh di samping mewujudkan rizab kewangan yang besar.

 

Now, we are in the era of digitalisation where economic prosperity rest very much on the power of technology.

 

Just this afternoon, I was briefed on the progress of the Miri City Hall project including the plan to turn Miri into a Smart City.  Miri City Council will be adopting the technology in order to elevate Miri into a smart city in line with the Digital Economy aspiration.

 

We have all the ingredients to be a prosperous State which must be grounded upon a sound economic policy and unity of Sarawakians.

 

(iii)               Sumber Lestari

 

Para hadirin yang dihormati,

 

Sarawak amat bernasib baik kerana beberapa bulan selepas saya memegang tampuk kepimpinan kerajaan, saya telah dapat mengambil alih Empangan Hidro Bakun dengan tawaran yang berbaloi. Ini bermakna kita mempunyai kuasa penuh terhadap sumber tenaga lestari atau renewable energy yang begitu penting untuk pembangunan ekonomi dan perindustrian.

Sumber tenaga lestari inilah yang menjadi pemangkin kepada pembangunan industri berat seperti aluminium dan ferro alloys di bawah SCORE khususnya di Taman Perindustrian Samalaju. Sehingga kini, SCORE telah menjana pelaburan berjumlah RM39.94 billion dan mewujudkan 18, 000 peluang pekerjaan.

 

(iv)               Bank Pembangunan Sarawak (DBOS)

 

Saudara dan saudari sekalian,

 

Umum sudah tahu bahawa Sarawak mempunyai pengurusan kewangan yang berhemah sehingga membolehkan kita mempunyai rizab yang agak besar dan mendapat pengiktirafan cemerlang daripada agensi penarafan antarabangsa.

 

Demi mencapai pembangunan infrastruktur yang setaraf dengan negeri-negeri di semenanjung Malaysia, Sarawak amat memerlukan bajet pembangunan yang lebih besar sekaligus memperhebatkan ekonomi kita.

 

Kerajaan yang bertanggungjawab akan memastikan tahap simpanan kewangannya yang stabil dan kukuh. Oleh itu, dengan kebijaksanaan kerajaan Sarawak, kita tidak sewenang-wenangnya melaksanakan program penyediaan infrastruktur dan prasarana lain sehingga boleh menjejaskan kedudukan rizab kewangan kita.

 

Bertitik-tolak daripada sinilah lahirnya inisiatif untuk mewujudkan pembiayaan alternatif atau alternative funding berdasarkan model-model seperti Bank Dunia, Asian Development Bank dan Development Bank of Singapore.

 

Bank Pembangunan Sarawak atau DBOS telah diwujudkan pada April, 2017, dalam suatu rekod masa yang singkat dengan mandatnya yang difokus kepada pembangunan infrastruktur,  DBOS membolehkan kerajaan melaksanakan perlbagai projek strategik di kawasan URDA, HDA dan NRDA dengan jumlah pembiayaan keseluruhan sebanyak RM4.5 billion.

 

(v)                 Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar

 

Kerajaan sedang rancak melaksanakan projek-projek infrastruktur seperti jalanraya dan jambatan, bekalan air dan elektrik khususnya di luar bandar. Sejumlah lebih daripada RM5.0 billion telah diperuntukkan untuk tujuan ini bagi memberi keselesaan kepada kehidupan rakyat.

 

Saya bersyukur kerana sebahagian besar rakyat kita telah pun menikmati kemudahan bekalan air dan elektrik. Sekarang liputan bekalan air terawat telah mencapai 83% manakala liputan bekalan elektrik pula adalah 97%.

 

(vi)               Pembangunan Sektor Petrokimia - PETROS

 

Saudara dan saudari sekalian,

 

Sarawak mempunyai rizab gas asli yang terbesar di negara ini, iaitu 54% daripada rizab negara. Saya amat yakin masa hadapan industri hidrokarbon Sarawak bergantung kepada keupayaan negeri kita dalam memperkasakan industri hiliran gas untuk menghasilkan produk-produk petrokimia.

 

Oleh yang demikian, Kerajaan Sarawak telah menetapkan dasar supaya sekurang-kurangnya 45% daripada pengeluaran gas di Sarawak dikekalkan di Sarawak untuk tujuan sebagai feedstock kepada industri petrokimia, khususnya di Tanjung Kidurong, Bintulu.

 

Untuk makluman saudara dan saudari sekalian, tapak seluas 1,000 ekar di Tanjung Kidurong sedangdibangunkan untuk industri petrokimia bagi menjadikan Bintulu sebagai hub industri petrokimia Sarawak.

 

Kerja-kerja untuk membina loji petrokimia pertama kepunyaan Sarawak dengan kos berjumlah RM3.74 bilion di Bintulu untuk menghasilkan methanol sudah pun bermula. Ini adalah bukti kesungguhan Kerajaan Negeri pimpinan GPS untuk memperkasakan industri petrokimia dan menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri pengeluar utama hiliran minyak dan gas.

 

Beberapa syarikat multinasional antarabangsa telah menyatakan komitmen untuk melabur di dalam industri petrokimia di Bintulu. Sebuah syarikat telah mengemukakan perancangan kepada kerajaan untuk melabur sebanyak RM24 billion di Tanjung Kidurong.Kerajaan Sarawak akan mempastikan perancangan para pelabur ini menjadi kenyataan dalam tempoh masa 5 hingga 10 tahun akan datang.

 

Hub petrokimia Bintulu dijangka akan mampu menjana RM16 billion hingga RM20 billion kepada KDNK tahunan Sarawak dan mewujudkan 74,000 peluang pekerjaan. Syarikat minyak dan gas Sarawak atau PETROS yang telah kita tubuhkan akan memainkan peranan yang besar untuk membangunkan industri hiliran sektor gas di negeri ini.

 

Di samping industri petrokimia, Zon Perindustrian Samajaya juga akan menerima pelaburan sebanyak RM20 bilion dalam industri elektronik manakala Taman Perindustrian Samalaju akan menerima pelaburan sebanyak RM17 bilion dalam industri keluli.

 

(vii)             Industri Pertanian dan Pengeluaran Makanan

 

Kerajaan percaya bahawa kekuatan ekonomi Sarawak juga terletak pada industri pengeluaran makanan untuk tujuan eksport. Negeri kita mempunyai tanah yang luas dan ditambah dengan aplikasi teknologi pertanian moden, kita yakin pengeluaran hasil pertanian kita akan mencapai skala komersial. 

 

Pihak kerajaan akan berusaha untuk mewujudkan mekanisma pemasaran dan pematuhan kepada standard yang tinggi supaya ada jaminan bahawa pengeluaran pertanian oleh para petani kita mempunyai pasaran yang tetap dan diterima di peringkat antarabangsa.

 

(viii)          Creative Industry

 

Ladies and gentlemen,

 

We also do not forget the important role of the creative industry to generate our economy. God willing, in not too distant future we will be able to provide a platform for our creative industry enthusiast to showcase and monetise their work. Hopefully, by the end of the year if everything goes well, TV Sarawak will start its technical trial as the State has been granted a 10-year license by the Ministry of Multimedia and Communication to operate a TV Station in Kuching.

 

Sarawak Media Group (SMG), a Sarawak Government GLC will manage and operate the TV station that will provide broadcasting services as a free-to-air channel, online publishing and information provisioning services. I would like to call for all our local creative industry players to grab this golden opportunity once TV Sarawak is fully operational.

 

(ix)               Aspiring for a 6-8% growth is not impossible

 

Dengan perancangan yang kukuh dan berpandangan jauh, saya dan rakan-rakan dalam Kabinet Negeri yakin Sarawak sedang menuju ke era kegemilangan, menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

 

With a total budget allocation of RM20 billion in these two years, our local economy would be injected with massive fund for public expenditure. This of course would increase consumption in the economy that would have the effect of propping up the economy.

 

Besides this, if the foreign investment were to be considered in our local economy, there will be another RM61 billion injection in the next 5 to 10 years.

 

I am confident that with these combined injection of capital into our local economy, Sarawak is capable of achieving the aspiration of 6 - 8% annual growth towards 2030 although the post-COVID-19 challenges would make it a tall order for us.

 

Nevertheless, on a more positive note, the challenges brought about by the pandemic has opened up new business opportunities to many besides expedited the development of digital economy.

 

I have also formed the Sarawak Economic Action Council (SEAC) to look into the policies, strategies and plan of actions for Sarawak to undertake aggressive economic reform for the next 5 to 10 years. This is our hope and is the way forward towards a Sarawak Cemerlang.

 

(x)                 Kebajikan Masyarakat

 

Untuk menangani situasi Covid-19 dan meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat, serta menghargai para petugas barisan hadapan dan pasukan keselamatan, kumpulan berpendapatan rendah, para peniaga dan penjaja, Kerajaan telah memperkenalkan 27 inisiatif bernilai RM2.55 bilion di bawah BKSS 1.0, BKSS 2.0 dan BKSS 3.0. Daripada jumlah ini, sebanyak RM1.6 bilion merupakan suntikan fiskal langsung daripada Kerajaan.

 

Kebajikan rakyat terutamanya golongan yang memerlukan sentiasa berada dalam perhatian dan bantuan yang sesuai dihulurkan untuk meringankan beban kehidupan mereka.

 

Pada tahun lepas bantuan Sarawak Endowment Fund sebanyak RM1,000yang berbentuk simpanan jangka panjang bagi setiap bayi Anak Sarawak yang dilahirkan di Sarawak telah mula diperkenalkan. Mulai tahun ini bantuan tunai kepada ibu bersalin sebanyak RM450 telah mula dilaksanakan untuk meringankan beban keluarga ketika ibu-ibu tidak dapat turun bekerja selepas melahirkan anak.

 

Di samping itu, perkhidmatan bas sekolah percuma telah saya lancarkan di Kuching yang akan memberi manfaat kepada 3,000 orang pelajar. Perkhidmatan percuma ini akan dikembangkan ke Miri, Sibu dan Bintulu dalam masa terdekat.

 

 

 

 

 

 

 

(xi)               Perpaduan Tonggak Kecemerlangan

 

Saudara dan saudari yang dihormati,

 

Menteri Perpaduan Nasional yang berkunjung ke Sarawak baru-baru ini memuji cara kita di Sarawak menjalin perhubungan yang rapat antara kaum di negeri ini. Sarawak mempunyai UNIFOR yang menjaga kepentingan agama lain selain daripada agama Islam.

 

Perpaduan antara kaum dan agama di Sarawak adalah contoh terbaik di negara ini.  Janganlah kita memandang ringan faktor perpaduan dalam pembangunan dan terjebak dengan elemen-elemen yang berniat untuk memudaratkan perpaduan antara kita Anak Sarawak.

 

Saya bukanlah Ketua Menteri untuk kaum Melayu tetapi untuk semua rakyat Sarawak. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga hak dan kepentingan semua rakyat Sarawak.

 

Kestabilan politik juga memainkan peranan yang penting supaya wujud ekosistem yang dapat memberi kita ruang untuk menumpukan segala sumber dan tenaga kepada agenda pembangunan negeri ini dan seterusnya memberi keyakinan kepada para pelabur untuk datang dan melabur di negeri ini.Perbezaan politik tidak harus mewujudkan suasana tidak menentu seperti yang berlaku di merata dunia pada hari ini kerana ini hanya merugikan kita semua.

 

(xii)            Penutup

 

Saudara dan saudari sekalian, inilah harapan kita dalam usaha untuk mentransformasikan Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030. Jika semua perancangan kita berjalan lancar saya yakin Anak Sarawak akan mempunyai pendapatan yang tinggi dan ekonomi yang berpaksikan teknologi digital, Insyallah.

 

Kola sekali lagi menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Tun dan Toh Puan yang telah sudi meluangkan masa bersama rakyat sekalian pada malam yang bersejarah ini.

 

Terima kasih kepada saudara dan saudari yang sudi hadir dan juga kepada mereka yang mengikut siaran langsung di TV dan di platform media sosial.

 

Sama-samalah kita berdoa agar Sarawak terus cemerlang, Insyallah.

 

Selamat menyambut Hari Sarawak.

 

Sekian. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

 

Speeches By: YAB DATUK PATINGGI DR ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG