Speeches
Sambutan Hari Jadi ke-83 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak
Deliver on 12 Oct 2019

Click here for Sambutan Hari Jadi ke-83 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak pdf files.

 

TEKS UCAPAN
YAB KETUA MENTERI SARAWAK
SEMPENA SAMBUTAN
HARI JADI KE-83
TUAN YANG TERUTAMA
YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK
SABTU, 12 OKTOBER 2019
MIRI, SARAWAK


Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib

TRIBUTE TO HIS EXCELLENCY

Bagi pihak rakyat jelata kola mengalu-alukan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi ke upacara yang penuh dengan makna bersempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama Tun yang ke-83.

Sebagai seorang tokoh kepimpinan yang telah berkhidmat kepada negeri dan negara semenjak Sarawak diberikuasa self-rule dan penubuhan Malaysia 56 tahun yang lalu, tidak dapat dinafikan bahawa Tun telah banyak berjasa kepada negeri dan negara.

Ketika memegang tampok kepimpinan Kerajaan Sarawak, Tun merupakan tokoh yang telah menunjukkan keupayaan untuk memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa, keturunan dan pegangan agama di seluruh Sarawak. Perpaduan rakyat Sarawak yang telah lama dipupuk dan diperkukuhkan di bawah kepimpinan Tun selama tempoh Tun menjadi Ketua Menteri Sarawak dari 1981 hingga 2014.

Tun juga telah menunjukkan ketokohan sebagai pemimpin Kerajaan yang bersifat visionary dalam usaha membawa pembangunan jangka panjang kepada Sarawak dan rakyatnya dengan program perindustrian yang menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharu.

Sempena dengan sambutan hari jadi ke-83 Tun, kita berdoa agar Allah SWT sentiasa memelihara keselamatan dan kesihatan Tun dan Toh Puan dan terus menjadi payung keharmonian dan kemakmuran Negeri Sarawak.
Sekarang Tun, kola memohon berucap kepada hadirin sekalian.

 

PERPADUAN RAKYAT SARAWAK

Saya mengucapkan terima kasih kepada saudara dan saudari sekalian warga Miri dan mereka yang datang dari sekitar Miri untuk sama-sama meraikan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang Ke-83 yang berpusat di Miri pada tahun ini.

Saudara dan saudari sekalian, kehadiran kita pada pagi ini ialah untuk meraikan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak sebagai suatu institusi yang melambangkan perpaduan dan penyatuan rakyat Sarawak tidak kira bangsa dan agama.

Sarawak terkenal dengan budaya rakyatnya yang saling hormat menghormati antara satu sama lain. Sarawak tidak mempunyai masalah dari segi agama malah Kerajaan Sarawak mempunyai initiatif untuk membantu semua agama, selain daripada Islam untuk mempunyai rumah dan kemudahan-kemudahan ibadah yang lebih selesa melalui Unit for other Religions atau UNIFOR. Inilah kelebihan Sarawak.

Pada tahun ini Kerajaan menyalurkan RM30 juta kepada rakyat melalui UNIFOR sebagai usaha berterusan untuk membantu penganut-penganut agama lain selain Islam. Bantuan seperti ini tidak terdapat di negeri lain malah ada negeri yang ingin mencontohi kita dalam hal ini.


EKONOMI SARAWAK

Ladies and gentlemen,

Being an open economy, Sarawak’s economy is much affected by what is happening globally and at the national level. In 2019, we expect our economic growth to be between 4.5% to 5.0% supported by an improved trade performance in the first seven months of this year. The increase in volume of trade and positive trade balance indicates the vibrancy of our economy which is further strengthened by the increase in public spending to build our infrastructures, public utilities and amenities.


12th MALAYSIA PLAN THRUSTS


Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian,

Rancangan Malaysia ke sebelas berakhir pada tahun 2020 dan diikuti pula oleh Rancangan Malaysia ke dua belas atau RMK12 yang bermula pada 2021 dan berakhir pada 2025. Dalam RMK12 Kerajaan GPS Sarawak akan memberi tumpuan kepada empat tonggak utama untuk memangkin ekonomi Sarawak supaya mampu menjadi negeri maju menjelang 2030.


One of our best options is to transform our agriculture by using the latest technologies and smart practices with the ultimate aim of making Sarawak a net exporter of food by 2030. The use of Internet Of Things (IoT) to develop precision farming is fast emerging where farm chores like dispensing of fertiliser and water, control of temperature and humidity are all precise in terms of timing and quantity to optimise production.

Our second best option is to strengthen our tourism and services by focusing on various industries such as health care or wellness, culture and nature. The government will give its full attention to develop the tourism industry as a half­hearted approach will not yield the desired results. In this respect the State Government is studying the possibility of enhancing its air connectivity.

On the question of connectivity, we cannot hope to transform our economy if we don’t develop our road and Internet infrastructures, water and electricity supplies and upgrade our ports and ports services. Sarawak must be well-connected by roads and the Internet infrastructure must be supported by 5G services. These will be pursued aggressively under the 12th Malaysia Plan as the construction of more roads, bridges and communication facilities are scheduled to take off the ground.

Above all, education and training of our human resources is of utmost importance to prepare Sarawak for an economy that is geared towards Industry 4.0. The world is fast moving towards the digitalisation of everything; the economy, education, training, ex cetera. If we don't start now, the world will leave us behind.

 

ACUAN SARAWAK SENDIRI

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,

Sarawak harus bergerak mengejar status negeri maju dengan acuan kita sendiri menjelang 2030. Anak Sarawak adalah bangsa yang bermaruah yang tidak perlu bergantung kepada “tongkat” yang disediakan oleh orang lain.

Sarawakians are people with dignity who are capable of charting their own future and determine their own destiny like any other people who are already successful.

Sempena dengan Sambutan Perayaan Hari Jadi Ke-83 Tuan Yang Terutama Tun pada tahun ini saya mengajak seluruh rakyat Sarawak supaya terus berusaha dengan gigih untuk mentransformasikan Sarawak dari pelbagai aspek.

PENUTUP

Akhir kata, saya bagi pihak rakyat Sarawak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir ke -83 dan semoga Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri dan keluarga sentiasa mendapat rahmat dan berkat dari Allah SWT dalam menjalani kehidupan seharian serta hidup aman bahagia dan sejahtera selalu.

Sekian, Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Speeches By: YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg